APAKAH ITU PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)

Bukan semua rakyat Malaysia ada mencarum KWSP/EPF kerana ramai yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.Oleh itu Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Skim Persaraan Swasta (PRS) iaitu satu skim caruman sukarela jangka masa panjang yang direka untuk membantu individu mengumpulkan simpanan bagi menghadapai hari persaraan mereka nanti.

PRS berusaha untuk memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia. Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan dan matlamat mereka.

Siapakah yang menguruskan PRS ini?

Private Pension Administrator Malaysia (PPA) merupakan pentadbir bagi Skim Persaraan Swasta (PRS).Dilancarkan pada 18 Julai 2012, PPA merupakan sebuah badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melindungi kepentingan ahli PRS dan mendidik orang ramai tentang PRS.KLIK di sini.

Kelebihan PRS

  • Pelepasan cukai sehingga RM 3000 dengan pelaburan PRS.
  • Perlindungan Takaful PERCUMA untuk ahli PRS Public Mutual.Contoh jumlah simpanan pencarum di PRS RM 5000 dan berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pencarum,disamping jumlah pelaburan yang sedia ada anda atau waris akan diberi nilaian tambahan yang sama dengan simpanan sedia ada iaitu RM 5000.
  • Wang dalam PRS dilindungi daripada Pemiutang.

Siapakah yang boleh mencarum?

Semua yang berumur 18 tahun ke atas sudah boleh bermula simpanan di PRS.

Ok ke Performance Dana PRS Ini?

Anda boleh rujuk pulangan/return salah satu dana PRS di bawah ini untuk tahun 2016-2021.Total pulangan sebanyak 56.33% iaitu melebihi benchmark.

Jadi Bagaimana Saya Nak Bermula?

Boleh terus KLIK di bawah ini untuk saya guide pendaftaran anda dan memulakan pelaburan 

INFO UNIT TRUST DAN KEWANGAN