Tentang · Nik Suhaimi

Pengalaman, bimbingan dan strategi yang jelas.

Perunding Unit Amanah bersama Public Mutual yang membantu klien merancang portfolio mengikut situasi, risiko dan matlamat kewangan mereka.

Nik Suhaimi, Perunding Unit Amanah

Nik Suhaimi merupakan Perunding Unit Amanah bersama Public Mutual, sebuah syarikat pengurusan dana unit amanah terkemuka di Malaysia. Beliau berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Bioteknologi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mempunyai pengalaman lebih daripada 11 tahun dalam industri perancangan serta pelaburan unit amanah.

Daripada kejuruteraan kepada perancangan kewangan

Sebelum menceburi bidang unit amanah, beliau telah berkhidmat sebagai jurutera selama tiga tahun di sebuah syarikat pembekal peralatan perubatan dan ambulans yang beroperasi di Ampang dan Klang.

Nik Suhaimi mula berkecimpung dalam industri Unit Amanah pada tahun 2015 dan seterusnya terlibat secara sepenuh masa sejak tahun 2016.

Pengalaman mengurus portfolio Islamik

Sepanjang penglibatan beliau dalam industri ini, Nik Suhaimi berpengalaman membantu mengurus dan memberi khidmat nasihat berkaitan portfolio pelaburan yang merangkumi pelbagai kategori dana Islamik:

Dana Ekuiti

Equity fund untuk potensi pertumbuhan modal dalam tempoh yang sesuai.

Dana Bon / Sukuk

Pilihan berasaskan instrumen pendapatan tetap dan sukuk.

Dana Pasaran Wang

Pilihan pengurusan tunai dengan profil risiko yang lebih rendah.

Bimbingan Portfolio

Penyusunan dan semakan portfolio mengikut keperluan klien.

Agensi dan rangkaian

Kini beliau bernaung di bawah Itcon Group sebagai Agensi Supervisor, sebuah organisasi yang mempunyai lebih daripada 400 orang Perunding Unit Amanah di seluruh Malaysia.

Bina pelan pelaburan yang lebih tersusun.

Tempah konsultasi →