risiko pelaburan unit trust

11 Salah Faham Risiko Pelaburan Unit Trust

risiko pelaburan unit trust

11 Salah Faham Risiko Pelaburan Unit Trust

Setiap medium pelaburan terdedah kepada risiko termasuk risiko pelaburan unit trust juga.Namun jika anda terlebih dahulu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan sebelum memulakan pelaburan tersebut,risiko itu boleh di minimum kan.

1)Haram

Ramai yang salah anggap pelaburan unit trust adalah HARAM.Sebenarnya terdapat dua kategori dana dalam pelaburan unit trust ini iaitu dana Islamic (patuh shariah) dan yang kedua adalah dana yang tidak patuh shariah.Oleh itu kita perlu tahu dan memilih dana yang patuh Shariah sahaja ketika memulakan pelaburan unit trust ini.

2)Modal Besar

Nak mulakan pelaburan unit trust ini perlukan modal yang besar.Ya sebelum ini kebanyakkan dana unit trust jumlah minimum untuk start melabur adalah RM 1000.Namun kini sudah banyak dana-dana unit trust yang boleh bermula untuk melabur serendah RM 100 sahaja.Untuk mengetahui dana-dana tersebut anda boleh rujuk ejen-ejen unit trust yang berdaftar.

3)Dapat Dividen Setiap Tahun

Anggapan ramai yang nak melabur dalam unit trust ni adalah nak dapat dividen setiap tahun hasil daripada pelaburan mereka.Mereka selalu bertanya berapa percent dividen unit trust setahun?

Secara umum nya tedapat 2 jenis dana unit trust yang perlu para pelabur faham dan jelas sebelum mereka mula melabur:

  • Pertama dana yang mesti/wajib declare dividen/distribution setiap tahun kepada pelabur.
  • Kedua dana yang fokus kepada kenaikkan harga unit.Jadi dana kategori kedua ini boleh sama ada mahu declare dividen/distribution pada tahun tersebut atau tiada declaration dividen.

Namun berbalik kepada matlamat asal pelaburan unit trust,iaitu pelaburan medium to long term,adalah lebih baik keuntungan/dividen yang dapat di biarkan sahaja untuk di laburkan kembali (reinvested) untuk menghasilkan compounded return.

4) Perlu Sentiasa Monitor Setiap Hari

Melabur dalam unit trust bukan seperti kita membuat pelaburan saham sendiri yang perlukan monitoring pada setiap waktu,kemahiran teknikal analisis,pemilhan kaunter yang betul dan pelbagai asas teknikal yang lain.

Pelaburan unit trust adalah kita leverage kan kemahiran-kemahiran di atas kepada fund manager.Fund manager ini lah yang bertanggungjawab untuk membeli/menganalis saham-saham yang berpotensi dan di mana lokasi pelaburan yang akan di buat.Jadi kita para pelabur unit trust tidak terbeban untuk sentiasa memantau perkembangan pelaburan kita setiap masa.

5)Susah Nak Mulakan

Jika beberapa tahun yang dulu boleh di katakana untuk memulakan pelaburan uni trust ini agak sukar serta mengambil masa.Ini kerana pelabur perlu mengisi beberapa borang secara manual dan perlu menunggu beberapa hari juga setelah di hantar ke kaunter sebelum boleh memulakan pelaburan

Namun sekarang semuanya boleh bermula secara online.Anda boleh klik untuk mendaftar pada link ini (https://www.publicmutualonline.com.my/PMOEnrolment/Pmb_Enrol_va.aspx) hubungi saya di WhatsApp setelah selesai mendaftar untuk saya bantu anda mulakan pelaburan unit trust ini

6)Unit Trust sama macam ASB

Walaupun Unit Trust dan ASB di bawah kategori yang sama,namun terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya.Pelaburan di dalam unit trust terdedah kepada perubahan turun naik harga unit pada setiap hari dan adanya sale caj.Manakala ASB harga unit nya kekal dan tiada di kenakan sale caj.

7) Nak Melabur Setahun Je

Pelaburan unit trust dalam tempoh yang pendek sangat mendedahkan para pelabur kepada risiko kerugian andaikata pada tahun pelaburan di buat berlaku fasa-fasa penurunan pasaran seperti yang berlaku tahun 1998,2008,2012,2022 di mana pada waktu itu berlaku beberapa krisis dunia seperti kejatuhan harga minyak,peperangan dan lain-lain.

Namun bagi yang bijak mengambil peluang,ketika krisis ini berlaku lah mereka sepatutnya mengambil peluang untuk memulakan pelaburan kerana dapat memulakan pelaburan pada harga unit yang sangat murah.Apabila pasaran sudah pulih,maka di situlah mereka akan mula untung.

8)Rugi Melabur Dalam Unit Trust

Terdapat pelbagai factor yang boleh menyebabkan unit trust mengalami kerugian.Antaranya ialah salah mereka tidak tahu memilih dana yang terbaik untuk melabur.Kemungkinan mererka memilih dana yang melaburkan duit mereka di dalam sektor-sektor yang sudah kurang potensinya untuk berkembang di masa-masa akan datang.Maka jika para pelabur kurang pengetahuan cara-cara pemilihan dana pelaburan yang betul adalah dinasihatkan untuk perhubung ejen unit trust yang berdaftar dan berbincang dengan mereka sebelum memulakan pelaburan.

9)Ada nya Tempoh Matang?

Unit trust tiada tempoh matang dan boleh di redeem bila-bila masa.Namun perlu di fahami jika matlamat atau tempoh pelaburan anda pendek agak berisiko untuk anda keluarkan kerana di bimbangi pelaburan anda masih belum untung.

 

10)Jika Nak Labur Juga Dalam Unit Trust Tapi Short Term boleh ke?

Ya sebenar nya pelabur masih boleh melabur dalam unit trust untuk short term dengan memilih dana-dana unit trust kategori berisko rendah seperti money market dan bond.Dua jenis dana unit trust ini berisiko rendah dan sesuai untuk pelaburan short term. https://niksuhaimi.com/kategori-dana-unit-trust/

11)Susah Nak Keluarkan/Redeem Duit di Unit Trust.

Platform online yang di sedikan oleh syarikat unit trust sekarang sangat memudahkan para pelabur untuk mulakan pelaburan atau pun untuk membuat pengeluaran (redeem) hasil pelaburan mereka pada bila-bila masa sahaja.Pelabur tidak perlu lagi ke kaunter syarikat dan mengisi borang-borang.Semua secara online dan duit pelaburan anda akan terus masuk ke akaun bank pelabur selepas beberapa hari pengeluarna/redeem di buat.

Perlu Buat Bayaran Setiap Bulan ke Untuk Labur Unit Trust ni?

Para pelabur boleh memilih sama ada untuk melabur secara lump sum dan biarkan duit anda berganda dengan sendirinya hasil daripada keuntungan yang terhasil di laburkan kembali.

Atau yang keduanya pelabur boleh melabur secara auto debit di mana setiap bulan akan ada deduction daripada akaun bank anda ke akaun unit trust anda.Jumlah nya bergantung kepada berapa yang anda set kan dan paling minimum RM 100/SEBULAN.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *