
4 KATEGORI DANA UNIT TRUST
Terdapat ratusan dana unit trust yang para pelabur boleh pillih untuk memulakan pelaburan di dalam unit trust ini mengikut risk tolerance mereka.Apabila pelabur sudah memahami kategori dana–dana ini makan lebih mudah untuk mebuat pemilihan dana.Namun secara asasnya dana-dana unit trust ini boleh di bahagikan kepada 4 kategori dana iaitu:
1) Money Market (Super Short Term)
Kategori dana Money market adalah dana unit trust yang paling rendah risiko nya.Ini kerana relatifnya harga unit dan graf dana kategori money market adalah stabil(https://www.publicmutual.com.my/Our-Products/Fund-Overview).Bagi pelabur yang target untuk invest dalam tempoh yang sangat singkat atau tidak mahu terdedah dengan risiko pelaburan yang tinggi dana kategori ini adalah sangat sesuai untuk mereka.Potensi keuntungan dana kategori ini lebih kurang dalam 2% – 3% setahun.
2) Bond/Sukuk (Short Term)
Dana unit trust kategori Bond/Sukuk ini untuk invest dalam waktu yang pendek juga dan berisiko rendah. Pulangan dari bond boleh dilihat seawal beberapa bulan. Potensi pulangan bond/sukuk lebih tinggi sedikit daripada money market iaitu sekitar 4% – 5% setahun.
3) Balanced Fund (Medium Term)
Dana unit trust kategori Balanced Fund ini adalah campuran antara sukuk/bond dan ekuiti. Manakala dari sudut risiko pelaburan pula berada pada kategori medium risk.Sesuai dilaburkan dalam tempoh 2-4tahun. Potensi pulangan sekitar 6% – 8% setahun.
4) Ekuiti (Long Term)
Dana Ekuiti ini adalah dana yang membuat pelaburan di dalam pasaran saham. Dana-dana kategori ini banyak membuat pelaburan di dalam syarikat-syarikat gergasi dunia seperti APPLE,Samsung,Google,Facebook,Ali Baba dan banyak lagi syarikat lain.Potensi pulangan untuk dana di bawah kategori ini adalah sekitar 8%-12% setahun.Contoh graf dana kategori equity (https://www.publicmutual.com.my/Our-Products/Fund-Overview)
Oleh itu sebagai pelabur anda mempunyai banyak pilihan dana unit trust yang boleh dipilih untuk memulakan pelaburan mengikut kesesuaian toleransi risiko anda.Dapatkan consultation ejen unit trust berdaftar agar anda dapat memulakan pelaburan unit trust dengan pemilihan dan yang betul dan terbaik.
Sebarang info-info atau persoalan berkaitan unit trust yang selalu di tanya boleh baca di sini.https://niksuhaimi.com/pelaburan-tunai-unit-trust-public-mutual/