5 Kelebihan Unit Trust

Mudah di jual kembali (Liquidity)

  • Dalam unit trust tiada istilah lock in period atau tempoh matang. Anda boleh redeem kembali unit-unit yang telah di beli sebelum ini.
  • Namun sifat unit trust adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang adalah digalakkan untuk melabur minimum 3 tahun dan ke atas untuk melihat hasil hasil yang berbaloi.

 Capital Gains

  • Pelaburan Unit Trust memberi keuntungan kepada anda dalam dua bentuk iaitu  dividen dan Capital Gains (kenaikan harga unit)
  • Kelebihan Unit Trust adalah kerana harga unitnya tidak tetap dan sentiasa turun dan naik. Kenaikan harga memberikan keuntungan kepada pelabur.

 

  • Sebagai contoh harga dana ini ketika dilancarkan hanyalah RM 0.25 sen/unit dan setelah beberapa tahun harga per unit dana ini pernah mencecah RM 0.3691/unit.

Diversification 

  • Unit Trust melabur dalam pelbagai saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan di luar Malaysia.
  • Sektor-sektor yang di laburkan biasanya dalam construction, health care, oil and gas, telecommunication, consumer products dan sebagainya.
  • Walaupun kita hanya melabur secara minima contoh RM1,000 dalam unit trust, namun kita boleh dikatakan sudahpun melabur saham di syarikat-syarikat besar seperti TNB, Celcom, Ali Baba, Facebook, Apple dan banyak lagi syarikat lain.

Modal Rendah

  • Dengan pelaburan Rm 100 atau RM1,000 pelabur boleh membuat pelaburan di saham-saham syarikat besar seperti Microsoft.

Pengurusan

  •  Pelaburan di uruskan oleh mereka yang professional dan bertauliah dalam bidang pelaburan untuk memberi pulangan yang menguntungkan.
  • Pelaburan dan pengurusan yang sah di sisi undang-undang Malaysia

 

 

Baca lagi >>

  1. Apa itu Unit Trust?
  2. Pelaburan Menggunakan KWSP Akaun 1

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *