Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah satu skim caruman sukarela jangka masa panjang yang direka untuk membantu individu untuk mengumpulkan simpanan bagi persaraan mereka.
PRS berusaha untuk memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia.Sebagaimana KWSP mempunyai AKAUN 1 dan AKAUN 2 SKIM PRS ini juga mempunyai dua akaun juga iaitu AKAUN A dan AKAUN B.
Siapakah yang menguruskan PRS?
Private Pension Administrator Malaysia (PPA) merupakan pentadbir bagi Skim Persaraan Swasta (PRS).
Dilancarkan pada 18 Julai 2012, PPA merupakan sebuah badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melindungi kepentingan ahli PRS dan mendidik orang ramai tentang PRS.KLIK di sini.
Kelebihan PRS:
- Pelepasan cukai sehingga RM 3000 dengan pelaburan PRS
- Perlindungan Takaful PERCUMA untuk ahli PRS Public Mutual.Contoh jumlah simpanan pencarum di PRS RM 5000 dan berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pencarum,disamping jumlah pelaburan yang sedia ada anda atau waris akan diberi nilaian tambahan yang sama dengan simpanan sedia ada iaitu RM 5000.
- Wang dalam PRS dilindungi daripada Pemiutang.
Siapakah yang boleh mencarum?
Semua yang berumur 18 tahun ke atas sudah boleh bermula simpanan di PRS.
Bilakah saya boleh bermula?
Sekiranya usia sudah mencecah 18 tahun anda boleh bermula pada bila-bila masa kerana semakin awal anda bermula semakin besar potensi pulangan anda kerana jangka masa yang lebih lama wang anda berada di dalam PRS.
Kenapa Private Retirement Scheme Ini Penting?
Banyak laporan dan data melaporkan hampir 70 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.Manakala bagi yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap pula mereka tiada langsung mengambil satu skim untung menampung perbelanjaan di hari tua mereka nanti.
Oleh itu skim Persaraan Swasta atau PRS yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan ini sepatutnya di sambut baik oleh rakyat Malaysia untuk persediaan di masa-masa persaraan mereka nanti.
Pautan laporan dana Persaraan KWSP tidak Mencukupi.
- Ramai tak cukup duit bila bersara (hmetro.com.my)
- 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000 | Astro Awani
- Duit KWSP untuk hari ini atau masa tua? – Kosmo Digital
Bagaimanakah cara untuk saya mula mencarum?
Boleh klik di sini PRIVATE RETIREMENT SCHEME untuk saya bantu urusan membuka akaun dan pemilihan dana-dana yang sesuai atau sebarang persoalan-persoalan lain juga.
Sumber:
Public Mutual & PPA